assalamualaikum to all my reader....2day i would like to be a JIWANG KARAT GIRL kejap... (senget)
utk renung-renungan~~~
Cinta kerana Allah akan membuatkan kamu merasa tidak perlu memiliki meski pun dlm hati kamu sgt menginginkannya. Adalah bagaimana kamu bisa ikhlas ketika dia ternyata mencintai orang lain & bahkan kamu pun bisa berdoa agar mereka bisa bahagia...
BAGI yang BUJANG
Cinta ibarat kupu-kupu. Makin dikejar makin ia menghindar.Tapi bila dibiarkan ia terbang, ia akan menghampiri mu di saat yang tidak diduga. Cinta dpt membahagiakanmu tapi sering juga manusia bercakap mengenai cinta sungguh menyiksakan.
Jadi cinta itu hanya layak diberikan kepada seseorang yang istimewa yang akan kamu jadikan suami/isteri sahaja. jadi jgn lah kamu risau, bertenang sahaja, jgn terlalu terburu memiliki cinta dan pilihlah dikalangan CINTA yang TERBAIK
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yg kita cintai itulah yg sukar diperoleh. Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
Cinta bukanlah kata murah & lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tapi cinta adalah anugerah tuhan yang indah & suci jika manusia dapat menilai kesuciannya...
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua-dua tangan mu dan jangan biarkan dia pergi dgn sejuta rasa tanda tanya dihatinya...
Kata-kata cinta yg lahir hanya sekadar dibibir & bukannya dihati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yg lahir dari hati yg ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yg mendengarnya...
Kadang kala kamu tidak menghargai orang yg mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
Cinta datang kepada org yg masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya & kpd mereka yang mempunyai keberanian & keyakinan utk membangunkan kembali kepercayaan.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya & hanya satu bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takou anaknya dipijak.
Kamu tahu bahawa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hati mu hancur berkeping. Dan hanya mendengar kata Hi~~ darinya dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang & kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cinta mu kepadanya.
Jangan sesekali mengucapkan SELAMAT TINGGAL jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali menyatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti manyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup mata mu dari orang yang kamu cintai cintai itu berubah menjadi titisan air mata & terus tinggal di hati mu dlm jarak waktu yang cukup lama.
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum sambil berkata ' AKU TURUT BAHAGIA UTK MU '